PROSEDUR TEMPAHAN NO PLATE

new official website

LATEST UPDATE IN
MY OFFICIAL WEB

www.platesell.com

PROSEDUR  TEMPAHAN NO PLATE


(GUNAKAN KHIDMAT UNTUK MENJIMATKAN MASA ANDA)




1- PILIH NO PLATE IDAMAN ANDA, CHECK MARKET PRICE ATAU CHECK HISTORY RESULT YANG LEPAS (BOLEH TANYA SAYA UNTUK LEBIH KEPASTIAN)





2- PERGI BANK UNTUK BUAT BANK DRAFT MESTI TIDAK KURANG DARI 50%DARI JUMLAH TEMPAHAN ANDA (BAYAR DIATAS NAMA : KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA) UNTUK TEMPAHAN SEMUA NEGERI KECUALI W.P. KUALA LUMPUR



UNTUK BANK DRAFT WPKL(KUALA LUMPUR SHJ) MESTI TIDAK KURANG DARI 50%DARI JUMLAH TEMPAHAN ANDA (BAYAR DIATAS NAMA :  AKAUN KERAJAAN MALAYSIA, KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA )



 BOLEH GUNAKAN KHIDMAT KAMI UNTUK MEMBUAT BANK DRAFT - JIMAT MASA ANDA DI BANK


3. JIKA BUAT SENDIRI BANK DRAFT SILA POS LAJU KE ALAMAT KAMI :-

AHMAD SAUFI BIN ABDUL RAHMAN
NO 15 JALAN BUKIT JATI 6C
TAMAN BUKIT JATI
41000 KLANG SELANGOR

SILA BERIKAN DETAIL POS ANDA TERUTAMA NO RESIT POS / CONSIGMENT NO (UNTUK TUJUAN TRACKING)

4. BERI COPY IC ANDA BOLEH POS ATAU BOLEH EMAIL KEPADA KAMI DI opygreat@gmail.com ATAU BOLEH JUGA AMBIL GAMBAR IC PAKAI HANDFONE DAN HANTARKAN MELALUI WHATSAPP.

5. SILA MASUKKAN BAYARAN DIDALAM AKAUN MAYBANK SAYA 162209914670 AHMAD SAUFI .. (SILA BERITAHU KEPADA KAMI APABILA SUDAH BANK IN DAN BERIKAN DETAIL PEMBAYARAN)

6. SILA BERIKAN ALAMAT TERKINI ANDA UNTUK TUJUAN SURAT MENYURAT.

7. KAMI AKAN URUSKAN TEMPAHAN ANDA , KAMI AKAN BERIKAN BUKTI BERGAMBAR (SENT DIDALAM WHATSAPP/EMAIL) SEPERTI GAMBAR BORANG, SAMPUL SURAT , RESIT PERKHIDMATAN JPJ DAN JUGA BANK DRAFT.







8. TUNGGU RESULT/KEPUTUSAN KELUAR, KAMI AKAN BERIKAN GAMBAR RESULT KEPADA ANDA APABILA RESULT SUDAH KELUAR.



9. JIKA ANDA BERJAYA , TUNGGU SURAT KEPUTUSAN DARI PIHAK JPJ ,SELEWAT-LEWATNYA 2 MINGGU DARI TARIKH KEPUTUSAN DIUMUMKAN . APABILA SUDAH TERIMA, ANDA MESTILAH MEMBUAT PEMBAYARAN PENUH DALAM MASA 30 HARI. JIKA SUDAH MEMBUAT PEMBAYARAN PENUH, SILA REGISTER PADA KENDERAAN ANDA DALAM TEMPOH 3 BULAN.









10. JIKA ANDA GAGAL DALAM TENDER/TEMPAHAN NO PLATE, SILA TUNGGU JUGA SURAT KEPUTUSAN DARI PIHAK JPJ, SELEWAT-LEWATNYA 2 MINGGU DARI TARIKH KEPUTUSAN DIUMUMKAN, PIHAK JPJ AKAN MEMULANGKAN KEMBALI BANK DRAFT ANDA BERSAMA-SAMA SURAT KEPUTUSAN YANG GAGAL. SILA TUNAIKAN KEMBALI BANK DRAFT ANDA DI BANK YANG SAMA ANDA MEMBUAT BANK DRAFT. JIKA BANK DRAFT ITU PIHAK KAMI YANG BUAT, SILA POS KEPADA KAMI BANK DRAFT TERSEBUT. KAMI AKAN MEMULANGKAN KEMBALI JUMLAH BANK DRAFT TERSEBUT KEPADA ANDA MELALUI TRANSFER ONLINE - SILA BERIKAN NO AKAUN  ANDA KEPADA KAMI.




JIKA ADA PERTANYAAN ATAU BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA SAUFI 0162335371 (SMS/WHATSAPP).



Kategori Nombor Pendaftaran:
a. Nombor-nombor Bernilai Utama
12345678910
b. Nombor-nombor Menarik
11121314151617
18192228333855
66778899111222333
55566677788899911112222
333355556666777788889999
c. Nombor-nombor Popular
20212324252627
29303132343536
37394041424344
45464748495051
52535456575859
60616263646567
68697071727374
75767879808182
83848586878990
91929394959697
98100200300400500500
7008009001000100111221221
1133133111551551116611771771
1188188111991919199120002002
20202211211222332332225525225
2552226626622277272727722288
2828288222992929299230003003
3030330031313113332232323223
3355353535533366363633773773
3388383833993939399340005000
5005551551155522553353535335
5566566555775775558858855599
5995500050066611611666226633
6336665565566677677666886868
6886669969696996700070077070
7711717171177722722777337373
7755755777667667778878787887
7799799780008008881181818118
8822822888338383833888558558
8866866888778778889989898998
900900999119119992292299933
9339995595599966969696699977
9779998898989889
Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini.
d. Nombor-nombor Semasa
Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.
Dokumen yang diperlukan:
NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.
Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran:
  1. M.V. 10 
  2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
  3. Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (individu / syarikat) yang disahkan.
  5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
  6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan:
  1. M.V.10A 
  2. Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport).
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas):
  1. M.V.10B 
  2. Surat Permohonan.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
Keputusan:
PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.
  1. Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
  2. Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
  3. Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
  4. Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
  5. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
  6. Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
  7. Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
  8. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.
Harga Tempahan:
Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:
  1. Nombor Bernilai Utama RM10,000.
  2. Nombor Menarik RM 2,000.
  3. Nombor Popular RM 300.
  4. Nombor Semasa RM 300.
Maklumat Tambahan:
  1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
  2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
  3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
  4. Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.


Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by PRChecker.info service

new official website

LATEST UPDATE IN
MY OFFICIAL WEB

www.platesell.com

57 ulasan:

  1. nak tanya... biasanya kalau surat yang ade cop alamat jpj tu dia dah sediakan ke?? atau surat tu kita bwa sdiri?

    BalasPadam
  2. Nak tanya jika nk beli 4 nombor brpa harga nya ya..

    BalasPadam
  3. Nak tanya kalo kita beli kan utk org lain pon kena bawak salinan kad pengenalan...?

    BalasPadam
  4. Nak tanya kalo kita beli kan utk org lain pon kena bawak salinan kad pengenalan...?

    BalasPadam
  5. prosedur utk tempah no plat labuan sama jgk ker?

    BalasPadam
  6. Andai kata , kalau nombor yg kita nak & dalam masa yg sama ada orang lain jugak nak , kira kita bak kena lawan bid dengan dia ke macam mana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. just nak share >>
      klaw betul nak no tu..boleh letak harga tinggi terus pada permulaan, dgn harapan xde org laen boleh byr lebih untuk no idaman encik tu..ape2 boleh roger abang saufi ni directly..TQ

      Padam
  7. Hi boss nak tanya kalau kita tempah no plate yg belum dtg lagi boleh x,contoh skrg kt johor plate JSA boleh sy tempah JSR x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. just nak share >>
      x boleh nak tempah skang..awak tangguh dulu beli kenderaan awak..agak2 nak kluar JSR..antara JSP / JSQ..awak standby roger abang saufi ni directly..TQ

      Padam
    3. Kalau skrg nak jsa tp dah jsb boleh x?

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Kalau skrg da JSD .. tapi sye nak JSA bole tak??

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Hi,nak tanya apa beza Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran
    &
    Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pembelian nombor secara pilihan pula, korang kene pegi kt JPJ negeri dan tengok kt skrin tu nombor ape yg masih ada. Isi borang siap2. Kalau nombor yang korang nk tu org dh beli, memang takkan keluar lg dh kt skrin JPJ negeri tu. Pastu korang amek la nombor giliran. Cara-caranya:

      1. Download borang. Borang korang boleh download kt link ni. Bwk satu salinan I/C, resit booking kereta dan wang RM 210.

      2. Ambil nombor giliran. Lepas tu, bila dh sampai giliran korang, bg tau kaunter korang nk nombor ape. Kalau nombor tu masih ada, maka korang bernasib baik. Tp nasihat aku, sediakan at least 5 nombor yang korang nk mengikut prioriti. Pasal takut2 nombor yang korang betul2 nk tu dh dibeli orang.

      3. Bila dh jumpe nombor yang korang nk, buatlah pembayaran kt kaunter tu. Nanti die akan bg resit. Resit tu korang boleh bg salesman kereta korang untuk urusan pendaftaran kenderaan.

      Padam
  12. Boleh bagi link untuk borang running number x?

    BalasPadam
  13. kalau mcm buat no (AM1N) berapa agak2 harga tu?

    BalasPadam
  14. Mcm mana kalau dah beli nombor pastu tak daftar dlm masa 3 bulan? duit burn?

    BalasPadam
  15. Sy nk tnya brapa harga (Ruby30)klu nk tempah?.

    BalasPadam
  16. sy nk tnye,contoh beli nombor plate yg kita nak...sy nak letak nombor yg baru tu di motor sy,soalan sy nombor yg asal di motor sy tu mcm mana???

    BalasPadam
    Balasan
    1. xboleh mcm tu. kena beli knderaan baru sebiji motor/kereta. so no plate yg anda beli tu p letak kat knderaan lama then no lama motor tu akan pindahkan ke kenderaan yang baru anda beli..syarat jpj mcm tu interchange mesti antra kereta lama dan baru yg belum didaftarkan..harap membantu yer.

      Padam
  17. Camana nak dptkn no plate yg huruf nya dah lepas. Contoh huruf AJS. Nombor x kesah.

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. saya ada BJA 77 mahu jual RM10k boleh runding

      Padam
  19. As slm Tn...bole bg anggaran harga utk no 69 x?

    BalasPadam
  20. Kalu nk bli no plat RAD 21...berapa kosnya agak2...

    BalasPadam
  21. Beli kenderaan negeri sembilan...tapi mohon daftar no kenderaan Labuan tinggi tak?

    BalasPadam
  22. Salam..nak tanya kalau nom plate SY8040 brapa harga ya??

    BalasPadam
  23. Saya x kesah plate ndgeri mana asalkn no 786

    BalasPadam
  24. Saya tya plate RAD 5055 bila boleh tempah

    BalasPadam
  25. Saya nak tya plate RAD 5055 BILA boleh tempah

    BalasPadam
  26. Sye nak tanye kalau BQB8588 berapa harge

    BalasPadam
  27. Nk tny kalu nk jual no DQ 626 brpa ye

    BalasPadam
  28. Bang kalo ALE 787 SY NAK BELI MCM MANA. KALO ORG DAH DÀPAT BOLEH KE KITA BELI KAT ORG TU.. BAPA SAUDARA SY NAK..

    BalasPadam
  29. Tumpang tnye . Kalau flat J 314 brpe

    BalasPadam
  30. Boleh ke tempah plat MJS 5525, jika boleh anggaran harga berapa

    BalasPadam
  31. saya dah beli no aritu..then saya tangguh2 sampai la stahun baru ingat..pembayaran tender dah d buat.jadi sekarang saya nak pakai no tu kat motosikal saya tak boleh sebab nombor tu dah diambil orang lain.jadi macamana duit bayaran tu? bolehkah saya dpt balik?

    BalasPadam
  32. kalau no buat no plat ANZ 0708 berpa harganya

    BalasPadam
  33. klau nak buat no plat ADY 8894 berepa harga die..

    BalasPadam
  34. Kalau nak beli nombor su 511 ada masih berjalan untuk di beli

    BalasPadam
  35. Hi boss klu nak tender VFF 75 Boss boleh buat ke

    BalasPadam
  36. No plate Jun no x kisah berapa harga?

    BalasPadam
  37. Ada tak nak jual JUR 180 atau JUR 1245

    BalasPadam
  38. Bos kalu nk lanjutkan no pemdaftaran sbb tarikh nk tamat ( kenderaan belum beli lg ) mcmna

    BalasPadam
  39. 797..runer mohon contact klo ada

    BalasPadam
  40. Blh tau mcm mne kalau nak tukar nama beli nombor flat di jpjebid?saya daftarkan nama sy pulak..tu nombor flat kereta adik.

    BalasPadam
  41. kalau dah beli nombor tapi kereta x sampai camne? brpa lama tempoh valid nombor pendaftaran tu

    BalasPadam